Helwa Ziarah Majlis Ta\'lim

09 January 2017

Tebedu- HELWA HIKMAH dengan kerjasama Unit Kemasyarakatan berkesempatan mengadakan Program Ziarah di Kpg Insan Jaya Tebedu. Program ini dilaksanakan khusus untuk ahli Majlis Ta’lim Saudara Kita dalam golongan wanita iaitu dari Majlis Taalim Insan Jaya, Majlis Taalim Darul iman, Majlis Taalim Sg Buluh dan Majlis Taalim Entebuh. Para peserta diberi taklimat cara membuat laporan kewangan untuk Majlis Ta’lim masing-masing. Disamping itu juga, para peserta diajak untuk berbincang berkenaan Takwim Program Pemantapan Siri 1 Taalim oleh Puan Jumilah Bt Hj Bibi , Pegawai HELWA HIKMAH dan dibantu oleh Salina Narawi, Setiausaha HELWA HIKMAH. Slot Kemahiran Membuat Kek dikendalikan oleh Puan Noorazah Mohd Sulaiman, Penyelia PBWNH HELWA HIKMA. Program selama sehari itu diadakan di Surau Kpg Insan Jaya, Tebedu selama 1 haripada 8 Januari 2017.

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI