Khemah Ibadah HIKMAH di Kg Buntal,Kuching

16 January 2017

Kuching- Khemah Ibadah anjuran Kelab Remaja HIKMAH Kuching dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Rahmah, Kpg Buntal telah diadakan dengan jayanya pada 12-13 Disember 2016 yang lalu. Program ini telah disertai oleh 53 orang peserta dari kalangan remaja dan belia kampung berkenaan dan 10 org fasilitator Kelab Remaja HIKMAH Kuching dan KRH Santubong.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti ceramah, pengisian motivasi, riadah dan latihan dalam kumpulan telah diadakan dengan bimbingan Utz Iskandar Abdullah, Pegawai HIKMAH Kuching serta fasilitator dari Kelab Remaja HIKMAH Kuching dan KRH Santubong. 

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI