Berita



Ziarah Mahabbah HIKMAH Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

Ulu Pakan, Sarikei - Program Ziarah Mahabbah rombongan HIKMAH ke Ulu Kota, Daerah Pakan, Bahagian Sarikei yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz (YDP HIKMAH) Berjaya dilaksanakan . Turut serta dalam rombongan Ziarah mahabbah ini ialah Temenggung Datuk Wan Hamid Idrus (Naib Yang diPertua HIKMAH), Tuan Haji Alwi Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAh), Pengerusi HIKMAH Cawangan Sarikei bersama-sama Timbalan Residen Sarikei, Pegawai Daerah Pakan, Wakil Pengarah Jakim Sarawak serta beberapa NGO dan agensi kerajaan lain serta kakitangan dan Daei HIKMAH. Pelbagai pengisian diadakan sempena ziarah ini antaranya ialah Kursus kefahaman Islam kepada penduduk muallaf pada sebelah malam- 31hb Mac 2017 dan pagi sabtu 1hb April 2017. Seramai 50 org penduduk muallaf telah hadir utk program tersebut. Melalui kursus ini, para mualaf dapat didedahkan lagi dengan asas-asas Islam anatarany penekanan tentang Ibadah Solat. Pengisian dilaksanakan oleh Ust Haji Idris Ahmad dan Ust Haji Husain, daie HIKMAH. Ziarah Mahabbah ini juga turut disertai oleh Team Klinik Bergerak HIKMAH dan telah memberi khidmat kepada hampir 100 org penduduk yang muallaf dan yang belum Islam. Program Klinik Bergerak ini telah diadakan di dua lokasi iaitu di rumah saudara Azhar, Daie HIKMAh yang berkhidmat di Ulu Kota Pakan dan di Rumah Panjang Nyambar. Penduduk dapat menerima rawatan dan ubat secara percuma. Berucap dalam Majlis Penangguhan Program Ziarah Mahabbah ini, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Haji Husain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedutaan Arab Saudi dan JAKIM Sarawak kerana telah menjadi penaja utama kepada program ini. Walaupun pihak Kedutaan Arab Saudi tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir program ini namun atas usaha sumbangan dana penajaan, rombongan dapat datang menziarahi saudara kita di perkampungan ini sekaligus menjalankan beberpa aktiviti bersama mereka. Dalam pada itu juga, rombongan berkesempatan menziarah 2 buah rumah panjang yang bukan Islam iaitu Rh Pjg Nyambar dan Rh Ukan. Rombongann bersilaturrahim dengan ketua rumah dan dilayan baik oleh mereka. HIKMAH berharap lebih banyak sumbangan dari masyarakat ke arah dakwah HIKMAH di kampung muallaf di pedalaman disebabkan mereka memerlukan lebih banyak tarbiyah dan kos yang agak tinggi untuk ke perkampungan tersebut dengankeadaan jalan tanah yang belum berturap dan sangat mencabar. ..

03 April 2017

Bicara HIKMAH siri 2/2017-

31 March 2017

Menunjukkan 1 - 2 daripada 23 jumlah keputusan.

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI