Pusat Latihan Dakwah HIKMAH

Pusat Latihan Dakwah HIKMAH terletak di Batu 24 Jalan Kuching-Serian telah dibuka untuk pengambilan baru bagi Sesi Januari 2014. Pusat ini merupakan hasil usahasama di antara HIKMAH dengan Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah dan Tabung Baitulmal Sarawak.

Pembukaan semula Pusat Latihan Dakwah HIKMAH ini atas dasar tanggungawab sosial sebagai memenuhi keperluan ummah khususnya untuk melahirkan kader-kader daie dan pendakwah yang amat diperlukan untuk menyebar dakwah Islam di Sarawak.

Kursus ditawarkan ialah Kursus Pengajian Asas Dakwah selama 18 bulan dan selepas itu para pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa universiti terpilih yang diiktiraf oleh pihak JPA, antaranya :

  1. Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim (Surabaya, Indonesia)
  2. Universiti Islam, Madinah
  3. Universiti Imam Mohamad, Riyadh
  4. M`a`had Tahfiz Al-Quran, Yaman
  5. Universiti Islam Mu`tah, Jordan

Objektif: Untuk menyediakan tenaga Daie yang beriman, berilmu dan berketerampilan tinggi.

Lokasi: BATU 24, Jln Kuching-Serian

Kursus Ditawarkan: Sijil Pengajian Asas Dakwah

Tempoh Kursus: 18 Bulan ( 1 1/2 Tahun)

Syarat Minimum:

  1. Lelaki 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai Sijil SPM (Kepujian Untuk Subjek Bhs Melayu serta Lulus subjek Pendidikan Agama Islam) dan setaraf dengannya.
  3. Berdisiplin serta bersemangat untuk belajar dan bersedia untuk mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pusat Latihan Dakwah HIKMAH
  4. Sihat tubuh badan

Kemudahan Disediakan:

  1. Asrama
  2. Makan/Minum
  3. Buku Teks
  4. Masjid
  5. Bilik Kuliah
  6. Perpustakaan
  7. Kemudahan Sukan

Matapelajaran Yang Diajar:

  1. Tafsir
  2. Hadis
  3. Fiqh
  4. Tauhid
  5. Sirah
  6. Akhlak
  7. Bahasa [ Inggeris/Mandarin]
  8. Bahasa Arab
  9. Al-Quran & Tajwid

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI