• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Berita HIKMAH > Khidmat Masyarakat
Bahagian Khidmat Masyarakat

FORUM BICARA AD-DIN

E-mail Cetak PDF
SAMARAHAN: Pada 20 Julai 2010 bertempat di SMK Asajaya 2 telah diadakan Forum Bicara Ad-Din anjuran pihak Masjid Daru Rahman, Kampung Tambirat dengan kerjasama HIKMAH Bahagian Kemasyarakatan Ibu Pejabat Kuching. Forum yang bermula kira-kira jam 7.30 malam telah dihadiri oleh Y.B. Hj. Abd Karim ADUN Kawasan dan penduduk di sekitar kawasan Asajaya iaitu seramai 200 orang merupakan Forum yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama HIKMAH di kawasan tersebut.

Forum yang tajuk "Dari Kegelapan ke Cahaya", telah dikendalikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan, Pegawai Dakwah Kemasyarakatan dari Ibu Pejabat Hikmah Kuching selaku pengerusi, bersama dua org ahli panel iaitu Tuan Haji Ayub Abdul Rahman seorang pendakwah bebas dan Ustaz Amir Ridhwan yang merupakan Pegawai JAIS. Kedua dua ahli panel merupakan saudara kita yang telah memeluk agama Islam dan telah mempelajari ilmu agama sehingga menjadi pendakwah yang terkenal di Sarawak dan Malaysia umumnya. Mereka telah menceritakan pengalaman mereka sebelum dan selepas Islam dan bagaimana untk mempertingkatkan aqidah keislaman.

Selain daripada forum Bicara Ad-Din, turut diadakan penyampaian sumbangan daripada pihak Baitulmal kepada penduduk daif di sekitar kawasan ini yang berupa makanan kering dan telah disempurnakan oleh Y.B. Hj Abd Karim. Majlis ditangguhkan pada 10.30 malam dengan hidangan disediakan oleh Jawatankuasa yang terlibat.
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 26 Julai 2010 14:08
 

FORUM KEMASYARAKATAN

E-mail Cetak PDF

Kpg Meranek, Samarahan, Khamis 10hb Jun 2010 Seramai kira-kira 90 orang penduduk kampung telah memenuhi  Masjid Ibadah Kg Meranek untuk mengikuti Forum Kemasyarakatan anjuran HIKMAH Samarahan dengan kerjasama AJK Masjid Kampung Maranek.

Dalam meraikan usaha HIKMAH Samarahan mengadakan majlis forum yang julung kali diadakan di kampung tersebut, Penghulu Kampung berharap agar pihak HIKMAH dapat meneruskan usaha untuk mengadakan program susulan lain supaya penduduk kampung mendapat manfaat dari usaha dakwah HIKMAH.

Forum bertajuk "Islam Sebagai Cara Hidup" telah dipengerusikan oleh Ustaz Tamri Arrim (Pegawai Dakwah HIKMAH Samarahan) dengan ahli panel terdiri dari Tuan Hj Khalid Hj Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH dan juga Pensyarah dari UiTMCS), Ustaz Sarbini Dahlan dan Tuan Hj Abdul Rahman Ahmat dari Ibu Pejabat HIKMAH.

Majlis  forum diakhiri dengan sesi soaljawab yang bersama para Jamaah yang hadir. Turut hadir ialah En Hashim Abd Kadir, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH merangkap Ahli Jawatankuasa HIKMAH Bahagian Samarahan.

forum2 forum1

 

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 21 Jun 2010 11:21
 

Kelas Fardhu Ain

E-mail Cetak PDF

KUCHING  :  Program mingguan Kelas Fardhu Ain telah berjalan setiap minggu pada hari  Selasa dan Khamis . Pada 11 dan 13 Mei 2010 lepas, kelas tersebut telah diisi oleh Ustaz Tamri  yang mengupas secara ringkas  Hadis  4 tafsir Imam Nawawi sementara Ustaz Sarbini Dahlan pula telah mengupas tentang Konsep Ibadah di dalam Islam.  Kelas ini berlangsung pada jam 2.30 petang sehingga pukul 4.00 petang bertempat di bilik Kuliah 1 Ibupejabat HIKMAH.

Pihak HIKMAH mengalu-alukan penyertaan luar bersama-sama di dalam program ringkas tersebut untuk sama-sama mengambil peluang menimba dan  berkongsi pengalaman di dalam Ilmu agama. Pihak HIKMAH juga telah menyediakan beberapa topik yang menarik sepanjang bulan untuk mengisi intipati program tersebut. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin untuk mengikuti program tersebut bolehlah menghubungi Ibupejabat HIKMAH di talian 082-443993.


                  New_Picture
Ustaz Tamri
New_Picture_1
Ust Sarbini
 New_Picture_5       New_Picture_3
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 19 Mei 2010 14:25
 

Forum Kemasyarakatan

E-mail Cetak PDF

 

Lubuk Buntin, Ulu Simunjan, Samarahan: Satu forum bertajuk "Baca Sirah Petik Ibrah" telah diadakan pada 1 Mei 2010 anjuran Bahagian Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH dengan kerjasama AJK HIKMAH Samarahan dan AJK Masjid di Masjid Kampung Lubuk Buntin, Ulu Simunjan, Samarahan. Kampung tersebut terletak di kawasan yang agak sukar dilalui dan berpendudukan sebanyak 60 buah rumah yang terdiri dari masyarakat Melayu. Panel jemputan bagi forum tersebut ialah Ustaz Abdul Taib dari JAIS Samarahan dan Ustaz Sarbini sendiri dari HIKMAH pusat. Moderator forum pula ialah Ustaz Tamri dari HIKMAH Samarahan.

Majlis telah menjemput tetamu kehormat, Y.B Puan Hajah Nancy Hj Sukri, Ahli Parlimen P200, Batang Sadong untuk memeriahkan majlis bersama-sama dengan penduduk di kampung tersebut dan kampung-kampung yang terdekat. Seramai 200 orang telah menghadiri forum yang diadakan buat julung kali di kawasan tersebut. Turut sama hadir ialah Tuan Hj Salleh Hj Hamden, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH (Pegawai Perhubungan) dan En Alwi Hj Morshidi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH.

Di dalam ucapan Tuan Hj Salleh sebagai wakil dari HIKMAH beliau telah menekankan peri pentingnya program forum sebegini yang dianjurkan oleh HIKMAH untuk melaksanakan objektif Hikmah melahirkan umat yang berilmu terutama sekali dari segi pengetahuan agama supaya dengan adanya nilai murni agama ini dapat menjadi panduan menghadapi keadaan sosio budaya terutama di kalangan remaja yang ada sekarang. Y.B Puan Hajah Nancy juga telah menekankan pentingnya program sebegini untuk membuka mata masyarakat terutama di kawasan kampung tentang masalah yang sedia ujud agar menjadi panduan kepada diri masing-masing serta ahli keluarga dan masyarakat kampung di Lubuk Buntin. Beliau juga menegaskan kerajaan akan membantu sedaya upaya program dan pembangunan yang boleh merubah nasib penduduk di kampung sebegini.

Selesai sahaja majlis forum, Y.B Puan Hajah Nancy telah dijemput untuk menyerahkan bungkusan dari Tabung Baitulmal Sarawak kepada golongan daif melalui Ketua Kampung, sumbangan kepada Surau Kampung untuk menjalankan aktiviti ilmu dan baja kepada petani-petani di kampung tersebut. Sebagai tanda terima kasih, Tuan hj Salleh telah menyampaikan cenderamata dari penganjur kepada Y.B Puan Hajah Nancy. Sebelum majlis diakhiri, para tetamu dan penduduk kampung telah dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh penganjur majlis. Semoga program kerjasama sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap untuk merapatkan HIKMAH dengan penduduk kampung dan pemimpin tempatan supaya terbiyah dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Image317
Disambut dengan Hadrah

   Image328
Panel Forum

   01052010189
Sumbangan Kepada Penduduk Daif

   01052010190
Sumbangan kepada Masjid

Image323
Anak-anak turut hadir
   





Terakhir dikemaskini pada Isnin, 03 Mei 2010 16:16
 

Ibrah di Sebalik Sirah

E-mail Cetak PDF

Ceramah Kemasyarakatan Kampung Engsengei, Simunjan

Ustaz_Sarbini2
Ustaz Sarbini Menyampaikan Ceramah

Islam sabagai ad-din yang merangkupi segala   aspek kehidupan, bagaimana kehidupan kita semenjak kita lahir hinggallah kita  meninggal  mesti  dalam Islam, tetapi malangnya  ada orang lahir Islam meninggal Islam tetapi menjalankan kehidupan sepanjang riwayatnya tidak Islam. Lahir dari perut ibu disambut dengan  Iqamat, tatkala meninggal dunia dihantar dengan kalimah tauhid, apakah itu Islam, sedangkan sepanjang kehidupan kita , kita main hentam saja yang haram atau halal tidak ada bezanya, kehidupan  kita pula digelumuri dengan dosa dan maksiat,  di manakah sifat kita sabagai orang Islam yang beriman tegasnya.

Pegawai Dakwah (Kemasyarakatan) HIKMAH, Ustaz Sarbini  Dahlan berkata demikian dalam ceramahnya  bertajuk  Ibrah di sebalik sirah yang julung kalinya diadakan di Masjid  Kampung Engsengei,  yang terletak di Hulu Simunjan  pada 23 April baru ini. Seramai lebih 70 orang  penduduk telah menghadiri  program yang diadakan di antara sembahyang maghrib dan isyak di masjid kampung tersebut.

penduduk_ensengei2

Antara Penduduk Kpg Engsengei

Beliau mengingatkan penduduk, masa untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang  suci masih ada lagi kesempatan  dan meninggalkan yang mungkar, di samping itu kita masih ada kesempatan untuk mempelajari  ke arah yang makruf itu. Apa yang kita lakukan sekarang , ialah untuk  kita menghidupkan sunnah  RasulAllah SAW dalam  apa jua  contoh yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Beginda. Perkara baik kita ikuti apa yang jahat kita jauhi. "Amal Makruf Nahi Mungkar".

Majlis yang juga disertai oleh Pengurus Dakwah HIKMAH, Tn Hj Abd Rahman Ahmad, selesai selepas sembahyang Isyak dan para jemaah menjamu juadah yang disediakan oleh AJK Masjid.

 


Muka 1 daripada 2

Pengunjung

Kami ada 25 tetamu online

Statistik

Hit paparan Kandungan : 27057