• Kelas Al-Quran & Bimbingan Kefahaman Islam Untuk Golongan Dewasa Sahaja Setiap Isnin & Rabu, Antara Maghrib & Isyak Jemput Hadir...
  • Bengkel Smart Solat Di MAsjid Darul Ehsan Kpg Haji Baki pada 13 April 2013. Masa: 8 pagi hingga 5 petang
  • Khemah Ibadah akan diadakan di seluruh cawangan HIKMAH di Sarawak. Bermula Februari hingga akhir Mac 2013.

TERKINI

Maulidur Rasul 1434H

HIKMAH Sri Aman dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Kategori Sepanduk NGO/Persatuan/Kumpulan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H peringkat negeri Sarawak yang berlangsung di Bahagian Betong pada 24 Januari 2013 yang lalu.
tadika hikmah sri perkasa
Riang Ria pelajar baru Tadika HIKMAH Sri Perkasa Matang. Jom serta mereka, daftarlah anak anda di Tadika HIKMAH Kuching atau Tadika HIKMAH Sri Perkasa Matang. Sila hubungi 082-443993 untuk maklumat lanjut

TOT Pengkaderan Belia HIKMAH

Training Of Trainer [TOT] Pengkaderan Belia HIKMAH 2013 berjalan dengan jayanya di Ibu Pejabat HIKMAH pada 12 Januari 2013. Seramai 19 belia HIKMAH menerima Watikah Perlantikan sebagai SUKARELAWAN HIKMAH.

Facebook Share

Share on facebook

LAGU BENDERA HIKMAH

Kibarkan Bendera HIKMAHku
Ke Seluruh Negeriku
Dari Kuala Lawas Ke Tanjung Datu
Kibarkan Lambang Jiwaku
Kita Mendaki Gunung Yang Tinggi
Lurah Dituruni
Kita Harungi Lautan Dalam
Maju... Ayuh Maju...
Kibarkan Bendera HIKMAHku
Ke Seluruh Negeriku
Dari Kuala Lawas Ke Tanjung Datu
Kibarkan Lambang Jiwaku

Bahagian HIKMAH Bahagian / Cawangan

HIKMAH Sri Aman Naib Juara Kategori Sepanduk NGO/Persatuan/Kumpulan Sempena Maulidur Rasul 1434H

Ditulis oleh alwi-admin    Isnin, 28 Januari 2013 11:33

hikmah sri aman

Khamis-24 Januari 2013: Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak  yang berlangsung di Bahagian Betong berlansung dengan meriahnya. Sambutan Maulidur Rasul yang dimulai dengan acara perarakan sejauh 5.7 kilometer yang melibatkan 5000 peserta pelbagai peringkat umur terdiri daripada 120 kontinjen mewakili agensi kerajaan, badan berkanun dan beruniform, syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah, jawatankuasa masjid dan surau serta pertubuhan bukan kerajaan.

Baca Lagi...
 

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI DI KAMPUNG SENAH RAYANG

Ditulis oleh alwi-admin    Rabu, 28 September 2011 09:42

Rayang, Pedawan (24 Sept) : Biarpun Syawal sudah hampir berlalu, namun semangat untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak luntur. Bersempena dengan Syawal 1432H, HIKMAH dengan rasa syukur telah mengadakan program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 di Dewan Serbaguna, Kampung Senah Rayang. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Encik Alwi Bin Haji Morshidi.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid darjah 3 hingga darjah 5 daripada SK St. James, Rayang dengan lagu 'Ya Allahu Ya Rabbi' yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Wali Band dan lagu Suasana Hari Raya. Persembahan yang mantap itu berjaya memukau para tetamu yang hadir apatah lagi dengan vokal yang jelas. Majlis sekali lagi diserikan dengan persembahan agak menarik iaitu persembahan hadrah oleh penduduk Kampung Kohom.

Majlis Ramah Tamah tersebut telah dirasmikan oleh Encik Alwi. Dalam ucapannya, beliau sempat melahirkan perasaan gembira kerana tidak sangka dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Apatah lagi majlis tersebut tidak hanya dihadiri oleh penduduk yang beragama Islam tetapi juga turut dihadiri oleh penduduk yang beragama lain. Beliau berharap majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun memandangkan maklum balas yang diterima sangat baik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada majlis kali ini bagi memeriahkan majlis.

Seperti biasa, pertandingan gerai tercantik wajib diadakan dan pada malam itu Gerai Masjid Al Falah telah merangkul kemenangan apabila dinobatkan sebagai Juara bagi Kategori Pertandingan Gerai Tercantik. Tempat Kedua pula dirangkul oleh SK St James dan tempat ketiga dirangkul oleh Gerai Belia Kampung Rayang. Majlis Ramah Tamah Kampung Senah Rayang berakhir kira-kira pukul 10.30 malam.


 

 

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI DI KAMPUNG ENSEBANG JAYA

Ditulis oleh alwi-admin    Rabu, 28 September 2011 09:20

 

Ensebang Jaya (24 Sept) : Masjid Nur Hidayah Kampung Ensebang Jaya dan Masjid Darul Falah Kampung Ensebang Kuari telah menganjurkan bersama satu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di Dewan Sri HIKMAH Kampung Ensebang Jaya, Balai Ringin. Majlis telah dihadiri oleh kakitangan HIKMAH serta penduduk kedua-dua buah kampung tersebut dan penduduk sekitarnya.

Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan dirasmikan oleh Encik Peli ak Jumbu, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Ketua Zon B selaku wakil kepada Yang Berhormat Encik Snowdan Lawan, ADUN N.25 kawasan Balai Ringin. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat teruja dengan sambutan dan semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh penduduk kampung walaupun dihuni lebih daripada 8 buah bangsa.

Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Encik Ali Hazimi bin Sarifuddin selaku Pengerusi Pengelola Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Ensebang Jaya, Pengerusi HIKMAH Cawangan Serian Encik Mayydin Haji Morshidi, Setiausaha HIKMAH Cawangan Serian, Encik Awang Reduan bin Awang Idi, Penghulu Kampung Ensebang Jaya, Tuan Haji Kirom @ Dolmat bin Badar, Cikgu Ibrahim Abdullah selaku Ketua Masyarakat Islam Kampung Ensebang Kuari selain Ketua-ketua masyarakat di kampung berkenaan.

“ Saya berasa berbangga kerana di kampung ini ada 8 buah bangsa dan ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan dan toleransi sememangnya telah wujud walaupun berlainan agama. Di sini juga saya ingin menyampaikan berita gembira kepada penduduk kampung, iaitu YB telah meluluskan beberapa peruntukkan kepada penduduk Kampung Ensebang Jaya iaitu sebanyak RM 200 ribu, RM 3000 kepada Jawatankuasa 3K dan RM 2000 kepada Biro Wanita Ensebang Jaya yang bertujuan bagi membeli barang keperluan asas.”

Majlis telah diserikan dengan pelbagai pertandingan yang melibatkan penyertaan daripada penduduk-penduduk kampung iaitu Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Pakaian Tercantik untuk kanak-kanak dan dewasa.

Selepas merasmikan majlis, Encik Peli anak Jumbu telah dibawa melawat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai juadah seperti lemang, ayam pansuh, rendang daging, buah-buahan, dan sebagainya. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Pakaian Tercantik. Juara bagi pertandingan gerai tercantik diungguli oleh gerai milik penduduk Kampung Ensebang Kuari, diikuti oleh gerai milik Kampung Ensebang Jaya dan tempat ketiga pula adalah gerai milik Majlis Ta'lim Wanita. Majlis berakhir kira-kira pukul 5.00 petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Ramah Tamah Pejabat HIKMAH Sri Aman

Ditulis oleh alwi-admin    Isnin, 19 September 2011 14:37

Sri Aman (18 September) : Pejabat HIKMAH Cawangan Sri Aman telah mengadakan Majlis Ramah Tamah bertempat di Pejabat HIKMAH Sri Aman kelmarin. Majlis Ramah Tamah tersebut nyata telah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Sri Aman menerusi respon yang diterima oleh pihak HIKMAH. Pelbagai wakil daripada agensi Islam yang lain turut hadir menyemarakkan lagi suasana ramah-tamah tersebut.

Majlis bermula pada pukul 4.30 petang sebelum berakhir pada pukul 6.30 petang. Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi HIKMAH Cawangan Sri Aman Tuan Haji Bujang Bin Shabli. Di dalam ucapannya beliau sempat menyatakan hasrat beliau untuk memohon peruntukkan bagi memudahkan lagi perjalanan aktiviti di Sri Aman memandangkan setiap program berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada masyarakat Islam setempat.

Amanat serta perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, En Alwi bin Hj Morshidi yang menekankan tentang keperluan mengadakan majlis sebegini untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli HIKMAH di cawangan Sri Aman. Beliau juga mahu ahli-ahli HIKMAH digiatkan dengan aktiviti yang dianjurkan supaya mereka dapat menyumbang serba sedikit di dalam dakwah HIKMAH secara individu. "HIKMAH perlu nampak penting di mata masyarakat dengan pelbagai aktiviti dianjurkan supaya ianya kembali gemilang sebagai badan dakwah di Sarawak", kata beliau lagi.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar KIA. Turut hadir ke majlis ialah Pengerusi HIKMAH Bahagian Sri Aman, En Nasseruddin bin Hj Abd Jabbar.

 

 

Ziarah Ramadan Anjuran HIKMAH

Ditulis oleh alwi-admin    Rabu, 24 Ogos 2011 09:32

Lundu : Selasa, 23 Ogos 2011 bersamaan dengan 23 Ramadan 1432H, penduduk Kampung Jangkar, sebuah perkampungan Saudara Kita di kawasan Lundu di sini hari ini telah menerima kunjungan hormat oleh Y.B Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe, Ahli Parlimen P192 Mas Gading sempena Majlis Ziarah Ramadan anjuran Ibupejabat HIKMAH. Kakitangan HIKMAH diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH (Pemangku) En Alwi Morshidi, pegawai serta kakitangan Ibupejabat HIKMAH Kuching. Selain itu, Ketua Kaum Kampung Jangkar, Encik Samuel anak Ajak turut meluangkan masa hadir ke program ini.

Atucara dimulakan dengan berbuka puasa bersama penduduk Jangkar seterusnya solat berjemaah fardhu Maghrib. Usai menunaikan solat, penduduk dan kakitangan dijemput menjamu selera sebelum memulakan program seterusnya iaitu ucapan daripada Datuk Dr Tiki.

“Kita mestilah hormat antara satu sama lain walaupun berlainan kaum dan agama. Pihak Kementerian akan memberi peruntukkan khas untuk kerja membaik pulih masjid dan saya mengamanahkan kepada pihak HIKMAH agar terus sentiasa menjaga dan memantau saudara kita yang baru memeluk agama Islam di kawasan saya ini” ujar Datuk Dr Tiki sempena perasmian Program Ziarah Ramadhan tersebut.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada kanak-kanak penduduk Jangkar oleh Datuk Dr Tiki dan seterusnya penyerahan cenderamata kepada beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah, Encik Alwi Morshidi sebagai tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa hadir menjayakan program ini.

Seterusnya En Alwi dan kakitangan HIKMAH sempat menunaikan solat fardhu Isyak dan tarawih bersama penduduk Kampung Jangkar selesai majlis penyampaian tersebut.

 
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Pengunjung

Kami ada 42 tetamu online

Kalendar Aktiviti

<<  Jun 2013  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
You are here: Berita HIKMAH > Bahagian / Cawangan