• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Berita HIKMAH > Ekspedisi Dakwah
Bahagian Ekspedisi Dakwah

PROGRAM IHYA RAMADHAN KE-3

E-mail Cetak PDF

LUNDU: Pada 02 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431 Hijrah, telah berlangsung program Ihya Ramadhan bertempat di Kampung Serayan Lundu anjuran pihak Ibu Pejabat HIKMAH Kuching dengan kerjasama daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak).

Program yang diadakan di Surau Darul Salam, Kampung Serayan Lundu dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz selaku Yang DiPertua Hikmah, Tuan Haji Ahmad Shazali Haji Aba Ibrahim selaku Timbalan Yang DiPertua Hikmah, Ustaz Haji Mohd Nawi bin Abu Bakar yang merupakan Pengarah JAKIM, penduduk kampung Serayan Lundu dan semua kakitangan HIKMAH. 

Program Ihya Ramadhan merupakan program yang dianjurkan pada setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan dan program ini bertujuan untuk membantu penduduk kampung Muslim khususnya Saudara Baru Kita menjalani Ibadah Puasa. Pengisian program kali ini adalah seperti program Ihya Ramadhan sebelum ini iaitu: Majlis Penyampaian Sumbangan kepada penduduk kampung, Tazkirah oleh Daie’ Hikmah, Solat Maghrib, Isya’ dan Sunat Tarawih secara berjemaah, dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Program yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung tersebut. Kira-kira 150 orang penduduk Kampung Serayan, Lundu hadir pada program ini menanam harapan agar program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun depan bagi menyemarakkan semangat Ramadhan.

 

2 1




 

 

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 06 September 2010 13:39
 

FORUM AGAMA

E-mail Cetak PDF

FORUM AGAMA DI MASJID TAMAN DESA ILMU

Taman Desa Ilmu, Samarahan: Pada 30 Julai 2010, satu sesi forum agama yang bertajuk ‘Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi’ anjuran Bahagian Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH dengan kerjasama JK Masjid Taman Desa Ilmu, JAKIM Sarawak dan pemuda PBB N15 Muara Tuang telah diadakan di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. Forum yang dihadiri seramai 200 orang jemaah masjid daripada kawasan sekitar kampung berkenaan berlangsung antara solat maghrib dan isyak.

Tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Seri Mohamad Ali Mahmud yang merupakan wakil Rakyat, ADUN N15 Muara Tuang turut hadir meluangkan masa bagi mendengar perbincangan yang dibahas dalam forum tersebut.

Barisan ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH), Ustaz Tamri Arim (Pegawai Dakwah HIKMAH Samarahan) Ustaz Zamri (Sukarelawan Dakwah HIKMAH) dan Ustaz Yusuf (Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak) selaku Pengerusi Forum.

Forum yang membicarakan tentang bulan Ramadhan ini memberikan kesedaran tentang keberkatan dan kemuliaan yang dapat diperoleh umat Islam sekiranya menunaikan ibadah puasa dengan pengisian amal jariah. Umat Islam seharusnya menghayati Ramadhan dengan penuh keinsafan dan bukan hanya menjalankan ibadah puasa semata-mata kerana kewajipan yang telah ditetapkan.

Setelah selesai forum dan solat Isyak berjemaah, para tetamu telah dihidangkan dengan juadah makan malam.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:28
 

Kursus Pemantapan Islam

E-mail Cetak PDF
 

Bau, Kuching: Satu Kursus Pemantapan Islam telah dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Pedalaman HIKMAH di Surau Darul Muslimin, Kampung Tembawang pada 10 April 2010. Seramai 15 orang peserta kursus yang terdiri dari Imam/ Bilal/ AJK Surau Pedalaman Kawasan Bau dan Lundu telah menghadiri kursus selama sehari ini. Di antara pengisian kursus tersebut adalah:

a. Ceramah : Pengertian Tauhid
b. Tahsin Al Fatihah dan  bacaan dalam sholat.

Kursus tersebut diadakan sebulan sekali untuk memantapkan pengisian aqidah dan tauhid terutama sekali bagi Imam Bilal yang terdiri dari Saudara Kita, dan seterusnya mendidik masyarakat di kampung mereka sendiri.

       tembawang_bau
 
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 19 April 2010 14:36
 

Kursus Asas Kefahaman Islam

E-mail Cetak PDF

 

 kursus_di_rodan 
Penduduk Kampung Rodan bersama Ustaz Idris


Serian: Bahagian Dakwah Pedalaman telah mengadakan kursus asas kefahaman islam kepada penduduk saudara kita di Kampung Rodan, Pedawan pada 8 April 2010. Kursus tersebut yang telah dikendalikan oleh Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Dakwah Pedalaman Hikmah telah bermula pada sebelah petang sehingga selepas solat Isyak kerana pada kebiasaannya penduduk kampung sibuk dengan aktiviti ekonomi di sebelah pagi.

Antara aktiviti sampingan yang telah diadakan bersama pada petang dan malam tersebut ialah:

* Gotong royong dalam kawasan surau dan rumah Daei
* Ceramah " Apa itu Islam ?
* Tahsin Al Fatihah/ bacaan dalam sholat.
* Majlis dialog dan perbincangan
* Solat Maghrib dan Isyak berjemaah
* Makan Malam bersama

Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan lancarnya dengan kerjasama penduduk Kampung Rodan sendiri dan akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Semoga dengan adanya pentarbiyahan tersebut dapat dimanafaatkan dan dapat mengeratkan hubungan Hikmah dengan penduduk kampung.  

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 14 April 2010 16:20
 

Kursus Pemantapan Islam

E-mail Cetak PDF

Serian: Kursus Pemantapan Islam bagi imam, bilal, Ajk surau/masjid Saudara Kita kawasan pedalaman zon Serian, Padawan, Tebedu dan Simunjan bertempat di pejabat HIKMAH Cawangan Serian pada 20 Mac 2010 yang lalu. Seramai 47 orang peserta yang hadir termasuk Pengerak Dakwah HIKMAH di sekitar kawasan tersebut.

Di antara aktiviti yang berlansung ialah sesi ceramah oleh Ustaz Idris Ahmad Pegawai Dakwah Pedalaman HIKMAH yang bertajuk Kitabullah dan pada sesi kedua aktiviti pihak pengajur mengadakan slot Latihan Dalam Kumpulan yang menampilkan latihan bacaan- bacaan dalam solat.

Untuk pengetahuan, Kursus tersebut telah bermula semenjak dua tahun yang lalu dan diadakan sekali dalam sebulan untuk memantapkan akidah para peserta terutama yang terdiri dari Saudara Kita di pedalaman.


 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 08:00
 
Artikel lain...


Muka 1 daripada 2

Pengunjung

Kami ada 31 tetamu online

Statistik

Hit paparan Kandungan : 27053