• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Ruang Iktibar > Tafsir
Tafsir

Penzina Adalah Pembunuh Yang Kejam

E-mail Cetak PDF

baby1
Pembuangan bayi yang tidak berdosa

Allah SWT berfirman yang maksudnya :

"Dan jangan sekali-kali kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina  itu adalah suatu perkara yang amat keji dan sejahat-jahat jalan." (QS al-Israk ayat 32 )

Zina adalah satu jenayah besar di dalam Islam.Suatu perbuatan keji yang akan membawa penzina  itu ke jalan yang sejahat-jahatnya. Zina amat dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya, dan ianya akan menyebabkan  kehilangan maruah, merosakkan keturunan, memporak perandakan rumahtangga  dan  membebankan Negara dengan masalah-masalah sosial yang berat dengan anak-anak yang diluar nikah bertaburan tanpa  penjaga dan berbagai-bagai lagi.

Hukuman bagi penjenayah zina adalah seperti mana firman Allah yang mafhumnya :

"Perempuan yang berzina  dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang  dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan  terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka  ini oleh sekumpulan dari orang-orang yang  beriman." (QS an-Nur ayat 2 )

Sekali imbas adalah dirasakan  bahawa hukuman yng ditetapkan  oleh Islam untuk dijatuhkan ke atas penzina, pada lahirnya  kelihatan  amat kejam  dan seolah-olah keterlaluan sehingga ada orang-orang Islam sendiri yang bersungut, seolah-olah hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan . Sungutan itu dengan sekali pandang seolah-olah ada benarnya, kerana orang-orang yang dihukum  rejam dengan batu biasanya  akan menemui maut. Apabila yang dihukum rejam itu mati di hadapan khalayak ramai, maka tentulah banyak yang tertanya-tanya  sekurang-kuranya di dalam hatinya; mengapa hukuman mati itu dikenakan ke atas seorang yang hanya berzina . Lainlah halnya  hukuman mati itu dikenakan ke atas seorang pembunuh. Kerana pembunuh memang  wajar dibunuh, nyawa dibayar nyawa, itulah amalan yang lumrah didapati di dalam kebanyakan undang-undang ciptaan manusia di hari ini.

Jika diteliti dengan penuh insaf kepada jenayah zina dengan segala akibatnya, kepada diri, masyarakat dan Negara; maka mahu tidak mahu mestilah diakui bahawa sebenarnya memang ada kaitannya yang rapat antara penzinaan dengan  pembunuhan. Dalam erti kata yang lain; sebenarnya penzina itu adalah  pembunuh yang kejam. Perbuatan zina adalah perbuatan membunuh  keturunan. Memperhambakan diri kepada syaitan dan nafsu kebinatangan, untuk mencapai kelazatan yang sekejap, tanpa memperhitungkan  akibat buruk yang akan ditanggung  oleh diri sendiri, masyarakat dan Negara, sepanjang zaman.

Penzina adalah perosak masyarakat. Apa yang selalunya dihasilkan oleh zina antara lainnya ialah anak-anak haram yang menjadi beban bukan sahaja kepada masyarakat, malah kepada Negara. Jika ditinjau kepada proses kelahiran  anak-anak haram itu, maka kita akan dapati kisah-kisah yang amat menyayat hati. Sebelum anak-anak itu dilahirkan, berbagai-bagai percubaan  untuk membunuhnya hidup-hidup sejak dalam  kandungan lagi, telah dilakukan  dengan cara yang kejam.

Jika anak-anak zina itu tidak berjaya dibunuh hidup-hidup di dalam kandungan dan ianya lahir juga tanpa diminta dan disambut  kelahirannya, menurut semestinya, anak-anak itu akan ditanam, dibuang, dilempar atau ditinggalkan  hidup-hidup atau mati, seperti yang disiarkan  di dalam akhbar-akhbar . Atau dicampak ke dalam tong-tong sampah atau dibuang di tepi-tepi jalan, di depan masjid atau surau yang kadang kala menjadi makanan anjing dan sebagainya.

Jika anak-anak itu masih juga terselamat dari pembunuhan yang kejam itu, dan ianya terus hidup seperti manusia biasa, maka pada hakikatnya anak itu telah dibunuh  secara perlahan-lahan. Ianya terseksa sepanjang hidup, yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan Negara. Itulah akibat  dari perbuatan zina.

Oleh yang demikiian memang wajarlah hukuman ke atas penzina itu didahsyatkan memandang kepada akibat yang tidak kurang dahsyatnya, kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara . Wallahu A'lam.

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 30 April 2010 14:09
 

KEPENTINGAN HIDAYAH BAGI ORANG MUKMIN

E-mail Cetak PDF

Allah swt. berfirman  yang bermaksud :

" Tunjukilah kami jalan yang lurus". ( QS al-Fatihah ayat 6 )

Allah swt. menyatakan bahawa sekalian kamu tersesat, kerana tiada agama yang benar lalu ditunjukiNya atau dipimpinNya kamu kepada agama; maka kamu telah mendapat hidayat agama itu. Tegasnya kamu telah mendapat hidayahnya ( petunjuk atau bimbingan agama itu ) . Kemudian itu, walaupun  kamu telah mendapatnya , kamu masih memerlukan lagi hidayahNya ( hidayah Allah swt.) untuk memimpin dan membawa  kamu ke jalan Iman  dan Islam yang betul, supaya terhindar dari jalan yang menyimpang daripadanya  baik dalam i'tikad, ibadat, akhlak dan sebagainya . Hidayat ini  sangat-sangat dikehendaki oleh setiap orang yang beriman.

Inilah hikmahnya disuruh membaca Surah al-Fatihah  pada tiap-tiap rakaat sembahyang kerana di dalamnya ada doa memohon hidayat kepada Allah, iaitu yang mafhumnya : " Tunjukilah kami jalan yang lurus ". " Mudah-mudahan dengan doa itu yang serlalu diucap dan diperbaharui, akan terpimpinlah perjalanan hidup ke arah jalan yang betul dan benar ." Amin  
 

RAHSIA KETENANGAN DI SAAT MENGHADAPI MAUT

E-mail Cetak PDF


Allah Swt.berfirman yang maksunya :

" Setiap yang bernjawa akan merasai mati ". (QS Ali Imran 185 )

Kecintaan manusia  kepada hidup dengan   berbagai bentuk keseronokannya pada  lazimnya boleh menimbulkan perasaan  ' takut  kepada mati ' , cenderung  kepada keinginan untuk   hidup lama,  harapan kepada  umur yang  lebih  panjang,  bahkan seandainya  dibolehkan mahulah ia  memiliki umur ratusan hingga ribuan tahun lamanya.

Sebaliknya  terdapat  beberapa keterangan  yang memberikan gambaran akan adanya di antara hamba-hamba Allah yang dianugerahkannya  ketenangan di dalam menghadapi maut ( kematian ).

Mereka  ini  dalam menghadapi saat-saat kematiannya  itu  berada  dalam keadaan damai dan tenang, tidak merasa cemas dan khawatir, bahkan  ada di antaranya  yang mencintai  mati ( syahid)  lebih daripada mencintai hidup  . Mereka itulah   para Nabi, siddiqin, syuhada dan solihin pada  amnya.

Jika sikap di antara manusia yang menghadapi maut itu ada dua macam :  yakni  ada yang takut dan gelisah dan ada pula yang tenang dan senang, maka   sudah tentunya  kita berharap agar  kita  dimasukkan kedalam  golongan yang diberikan Allah swt. ketenangan

Bagaimana caranya dan apa rahsianya ? Sudah tentu rumusannya  tidak akan terlepas daripada formula iman dan taqwa yang  digariskan oleh Allah swt. dalam al-Qur'an dan diterangkan  oleh Nabi Saw. dalam Hadisnya.

Adapun perkara-perkara yang memungkinkan adanya ketenangan  di dalam menghadapi maut adalah meliputi hal-hal berikut :

Pertama : Apabila hati seseorang   telah mencapai tingkatan kesucian dengan pengisian sikap- sikap yang mahmudah ( yang terpuji ) dan menjauhkannya daripada sikap-sikap mazmumah (yang keji).

Kedua : Apabila hidup seseorang   difokuskan dan dipersembahkan semata-mata kerana Allah Swt.

Ketiga : Apabila  seseorang  ada persiapan bekalan semaksimum mungkin, berupa amalan-amalan solih, taqwa  kepada Allah swt.

Keempat : Apabila  seseorang   ada kesedaran bahawa kematian itu  sebenarnya adalah  masa-masa  rehat ( istirehat )  daripada penat lelah daripada kesibukan  bagi orang-orang solih.

Kelima : Apabila seseorang  telah dapat  menyelesaikan segala pertanggungjawaban  dan perkara-perkara yang berkaitan dengan  sesama manusia, misalnya perjanjian, hutang piutang dan sebagainya.

Keenam: Apabila  seseorang  memiliki  sikap husnuz-zan ( berbaik sangka ) kepada Allah, bahawa Ia akan menghulurkan  keampunanNya, dan sebaliknya  Ia memberi rahmat dan kasih-sayangNya.

Ketujuah : Apa seseorang ada kesedaran bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu perhiasan sementara, dan akhirat jualah kehidupan yang lebih kekal dan abadi.

Kelapan: Apabila  mahabbah  ( cinta ) dan syauq ( rindu ) seseorang itu  terhadap Allah swt. telah bersemi di dalam hatinya.

Kesembilan : Apabila  seseorang itu telah terhibur dengan berita gembira ( busyra) berupa syurga yang dijanjikan oleh Allah swt. kepada orang-orang yang beriman dan beramal solih, yang mana didalamnya  tersedia  berbagai macam kenikmatan dan kesenangan  yang abadi.

Wallahu A'lam.
 

MEMBANGUN MODAL INSAN

E-mail Cetak PDF

MEMBANGUN MODAL INSAN

Allah swt.berfirman  :

“ Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna “. ( QS al-Anfal ayat 24 )

Bagi tujuan  menjayakan pembangunan Negara  yang sedang  kita hadapi sekarang, dakwah Islamiyah adalah mempunyai peranan yang tidak  kecil ertinya.

Pembangunan yang sedang kita lakukan diklasifikasikan  sebagai “ pembangunan modal insan “. Dan dalam setiap pembangunan , faktor yang amat penting  dan menentukan adalah manusianya, iaitu manusia sebagai pelaksana dan pelaku pembangunan itu sendiri. Walaupun cukup tersedia pelbagai sarana dan prasarana yang menjadi unsur-unsur dan prasyarat pembangunan , tetapi jika faktor manusianya tidak memenuhi persyaratan yang diperlukan , maka  pada akhirnya  akan berakibat kegagalan  secara keseluruhan.

Manusia yang akan menjadi  pelaku atau pelaksana pembangunan itu mestilah terlebih dahulu diberikan suntikan  semangat,  ditimba potensi yang terpendam dalam dirinya. Disinilah  letaknya pada tahap permulaan  tugasan dan peranan dakwah Islamiyah sepertimana yang dilukiskan Allah swt. dalam ayat di atas yang mana boleh dijadikan cogankata dalam tazkirah kali ini.

Jelas ia dinyatakan  pada ayat tersebut bahawa sasaran atau seruan dakwah Islamiyah  itu ialah menjadikan manusia sebagai modal insan yang dinamik .

Manusia yang akan membangun  itu mestilah dihidupkan terlebih dahulu semangatnya, yakni dipersiapkan dengan syarat-syarat kemantapan jiwa dan rohani ke arah menghadapi tugas yang berat.

Menurut Islam , pembangunan tersebut mestilah merangkumi kedua bidang kehidupan manusia , iaitu bidang kehidupan mental/spiritual dan bidang kehidupan fizikal/material. Kedua bidang kehidupan itu ada  kaitannya yang erat, hubungan yang kausal, saling mempengaruhi satu dengan lainnya , saling mengisi dan saling memperlengkapkan . Memisahkan antara satu dengan lainnya, lebih-lebih lagi mengutamakan yang satu dan  mengetepikan yang lainnya , pastinya akan menimbulkan  kesulitan besar yang mana akan mengakibatkan kegagalan secara total.

Wallahu A’lam.

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 31 Ogos 2009 02:10
 

SOLAT ADALAH MIKRAJ SEORANG MUKMIN

E-mail Cetak PDF
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 10 Ogos 2009 15:45 Baca Lagi...
 
Artikel lain...


Muka 1 daripada 2

Pengunjung

Kami ada 31 tetamu online