|
|
Kuching - Sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi HIKMAH bersama Pengurusan HIKMAH telah berjaya dijalankan di Hotel Damai Puri Resort & Spa, Santubong pada 3 hingga 4 April 2010. Sebanyak 65 buah keluarga dengan jumlah peserta seramai 408 orang telah menyertai program yang diberi nama Hari Keluarga HIKMAH 2010 itu.
Mengikut perancangan, program bermula pada pukul 4.30 petang, 3hb April dengan aturcara sukaneka. Namun atas sebab keadaan cuaca yang kurang elok, program tersebut terpaksa ditangguhkan pada hari berikutnya. Aturcara seterusnya dimulakan pada pukul 8.00 malam dengan Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh semua ahli keluarga Kakitangan HIKMAH yang turut serta.
Pada majlis Makan Malam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH telah menyampai ucapan dan amanat beliau di antara lain tujuan Hari Keluarga HIKMAH 2010 diadakan adalah bagi memberikan ruang kepada warga kerja HIKMAH untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang di samping untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja dan ahli keluarga warga kerja HIKMAH. Disamping itu juga, bagi menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja HIKMAH.
Beberapa acara juga telah disusunatur pada Majlis Makan Malam seperti peragaan busana muslim oleh anak-anak kakitangan, cabutan bertuah, deklamasi puisi dan beberapa acara sampingan.
Aturcara sukaneka pada hari berikutnya telah diteruskan dengan sepuluh acara telah disediakan untuk disertai oleh ahli keluarga kakitangan Hikmah. Ianya telah dijalankan dengan jayanya oleh jawatankuasa sukaneka dengan menyedikan beberapa hadiah yang menarik yang telah disampaikan kepada pemenang-pemenang.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan semoga perjalanan program yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ukhuwah Islamiah yang dipupuk dalam program seperti ini diharap dapat diteruskan oleh warga kerja HIKMAH di dalam urusan kerja harian mereka dan seterusnya menjadikan HIKMAH maju dan disegani oleh masyarakat umum di bumi Sarawak ini.
![]() Ucapan Perasmian oleh En Alwi |
![]() Aturcara untuk anak-anak |
![]() Hadiah disampaikan oleh Hj Abd Rahman |
![]() Hadiah untuk cabutan bertuah |
Acara Sukaneka
|
|
|
|
|
![]() |










