Kelas Iqra’ dan Al-quran merupakan salah satu media pendidikan kanak-kanak berusia pra sekolah yang berlandaskan pada konsep Tarbiyatul Awlad, iaitu pendidikan yang berorientasi kepada nilai-nilai yang terdapat pada Al-Quran dan As Sunnah.
Tujuan Umum
Melahirkan generasi muda yang berilmu, soleh dan solehah, bertakwa kepada Allah, berbakti kepada orang tua,berguna pada bangsa dan agama.
Tujuan Khusus
Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan betul sesuai dengan kaedah-kaedah ilmu tajwid.
Waktu
230 petang- 430 petang
Tempat
Pusat Sumber HIKMAH
Ibu Pejabat Hikmah
Petra Jaya, Kuching
Penyelia: Ustazah Zaiton
No Tel: 082-443993/994/995/996
Pejabat Hikmah Samarahan
Kota Samarahan
Penyelia: Ustaz Tamri
No Tel: 082-673090
Pejabat Hikmah Sri Aman
Sri Aman
Penyelia: Ustaz Sodikin
No Tel: 083-325060
Pendaftaran
Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak yang ingin mengaji Iqra' dan al-Quran.
Pendaftaran di buat setiap hari pada waktu pejabat.
Pendaftaran juga di alu-alukan kepada golongan dewasa dan tua.





