SAMBUTAN 40 TAHUN BINA-HIKMAH
![]() YAB Ketua Menteri bersama AMT Hikmah |
Simbolik Perasmian Sambutan 40 Tahun |
KUCHING, Selasa 23 JUN 2009 - Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata agama Islam tidak lagi dianggap agama bagi masyarakat Melayu sahaja malah terbuka kepada semua kaum lain di negeri ini sama ada di bandar mahu pun luar bandar.Menurutnya, ini merupakan pencapaian terbaik yang dilakukan pihak Hikmah dalam usaha meningkatkan mutu kepimpinan dalam Islam menerusi sistem penyampaian yang lebih efektif dan bersesuaian sejajar dengan tuntuan keperluan masa kini.
Menurutnya lagi, institusi yang berusia 40 tahun ini telah banyak menyumbang dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa bersatupadu dan maju. “Ini dilaksanakan melalui penyelarasan dan perancangan kegiatan dan program dakwah yang menyeluruh serta terancang seterusnya disampaikan dengan baik melalui dialog,” ujar beliau.Beliau menambah, pelbagai langkah telah diambil pihak Hikmah sebagai inisiatif memastikan masyarakat Islam sentiasa aktif dalam membina konsep perjuangan agama untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan besar agar mempunyai hala tuju yang baik. Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun ke- 40 Tahun BINA-Hikmah dekat sini, pagi tadi.Majlis di mulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta persembahan nasyid dan diikuti dengan persembahan silat serta Aikido. Di majlis itu juga, Taib menyeru agar masyarakat Islam berani menempuh masa depan dan mempunyai kecerdasan untuk bertindak serta sentiasa percaya kepada kebolehan diri sendiri jika mahu berjaya pada tahap yang lebih tinggi. Katanya lagi kebolehan yang sedia ada hendaklah dipertingkatkan bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam memupuk perpaduan sebagai kunci kejayaan sesebuah negara. Beliau menambah, institusi ini telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk membela nasib orang Islam agar tidak ketinggalan dengan kaum lain di negeri ini.Beliau juga amat berbangga kerana tidak wujud gejala fanaticisme di kalangan anak-anak muda dalam Hikmah yang boleh memecahbelahkan umat Islam di negeri ini. Tugas yang amat berat ini mampu dilaksanakan dengan cukup baik oleh pihak HIKMAH melalui pengurusan yang cukup profesional di kalangan anggotanya.Taib menambah, masyarakat Islam pada hari ini mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melakukan kebajikan dengan memberi sumbangan untuk mendirikan masjid atau surau dan juga melalui program yang telah disediakan.
Pada majlis tersebut Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyumbang sebanyak RM50 ribu untuk pembinaan bangunan Hikmah baru di Jalan Haji Taha yang menelan belanja sebanyak RM5 juta.Sumbangan juga diterima daripada Yayasan Laila Taib dengan jumlah yang sama turut diumumkan oleh Ketua Menteri.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Hikmah, Tan Sri Abdul Aziz Husain, Mantan Yang Dipertua Hikmah ke-2 Datuk Haji Mohd. Mortadza Haji Daud, Mantan Yang Dipertua Hikmah ke-3 Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor, Menteri Perumahan, Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Haji Taha.







Simbolik Perasmian Sambutan 40 Tahun