• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Ruang Iktibar > Tazkirah > HUKUM REJAM

HUKUM REJAM

E-mail Cetak PDF
" APAKAH ENGKAU GILA ?"

Pada zaman Rasulullah saw. pernah terjadi satu perbuatan yang diwajibkan hukum rejam. Perbuatan itu tentulah  perbuatan zina. Tetapi Rasulullah sendiri tidak mahu menjalankan hukum itu terhadap seseorang  lelaki yang terang-terang melakukannya sehingga diketahui hakikat perbuatan itu dengan cara yang pasti (Baca Buku Bulughul-Maram dan syarahnya  Buku Subulus-Salam dalam  bab Had Zina ).

Lelaki tersebut bernama Mu'az bin Malik. Ia datang kepada Rasulullah saw. sewaktu dalam masjid lalu berkata : " Ya Rasulullah ! Aku telah berzina dan aku  telah pernah berkahwin. Sebab itu jalankanlah  hukuman ke atas aku ", sedang Rasulullah saw. tidak memperdulikannya dan baginda memalingkan mukanya.

Akhirnya setelah tiga kali ia mengaku perbuatannya itu, maka rasulullah saw. bersabda yang maksudnya : " Apakah kamu gila ? Katanya : Tidak ! Sabdanya lagi : Barangkali engkau mencium  atau engkau memberi isyarat atau pun engkau melihatnya sahaja ? Katanya : Tidak , ya Rasulullah !"

Mua'z dalam keterangannya yang akhir sekali menjelaskan perbuatan perzinaannya dengan seorang perempuan  sambil ditegaskan pula tempat dan bahagian tubuh dimana perbuatan itu dilakukan dan ia mengharapkan supaya dibersihkan  dirinya dan kesalahannya dengan hukuman  rejam. Kemudian baharulah Rasulullah saw. memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman tersebut ke atasnya.  Walllahu A'lam.
 

Pengunjung

Kami ada 17 tetamu online