Program Safari Ramadhan HIKMAH

Pengenalan

HIKMAH merupakan satu-satunya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyelia lebih kurang 200 buah perkampungan baru islam di seluruh negeri Sarawak yang didiami oleh saudara-saudara baru kita yang baru mengenali Islam.Justeru itu, satu ziarah yang dikenali Safari Ramadhan yang dijalankan disetiap bulan Ramadhan bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan saudara baru yang daif dan miskin. Usaha ini dilakukan untuk memperkenalkan akhlak Islam sebenar yang sentiasa bertolong bantu saudara seislam yang kesusahan. Sesuai dengan saranan Allah dalam Surah Al Maidah Ayat 2: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya".

Atas dasar ini, program ini dirangka untuk menghulurkan bantuan kepada golongan saudara baru kita agar mereka tidak terasa terpinggir setelah menganut agama fitrah ini. Disamping itu juga, melalui Safari Ramadhan ini, para saudara baru kita dapat dididik cara sebenar manyambut kehadiran bulan Ramadhan dengan menjalankan pelbagai ibadah seperti berbuka bersama, solat berjemaah, tarawikh dan sebagainya yang mana dapat mengaut pahala berlipat ganda.

Tujuan

Memupuk tali silaturahim yang erat antara pemimpin HIKMAH bersama saudara baru disamping mendidik masyarakat saudara baru kepentingan hidup saling bantu membantu. Objektif

  • Memperkenalkan HIKMAH dan Dakwah HIKMAH
  • Menyampaikan sumbagan kepada golongan yang memerlukan
  • Mendidik saudara baru tentang ibadah yang perlu dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan
  • Merapatkan silaturahim antara pemimpin HIKMAH dan saudara baru

KAEDAH PELAKSANAAN

HIKMAH turut menjalinkan hubungan kerjasama erat bersama pihak JAKIM, Islamic Releif Malaysia, Maybank Islamic Berhad serta beberapa Jabatan, Agensi Korporat, Syarikat serta orang perseorangan menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan wang ringgit serta keperluan lain untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Perjalanan Safari Ramadhan HIKMAH yang juga turut disertai oleh Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH akan memulakan perjalanan bermula pada awal Ramadhan bermula dari Lundu hingga ke Lawas, menyelusuri pedalaman, singgah ke perkampungan saudara kita untuk menyampaikan sumbangan ini. Ada ketikanya rombongan akan singgah untuk berbuka bersama, melaksanakan ibadah solat fardhu dan sunat terawih berjemaah bersama. Hal ini dapat memupuk tali silaturahim antara ahli rombongan bersama saudara kita.

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI