Konvensyen Kepimpinan HELWA

Pengenalan

Konvensyen Kepimpinan HELWA ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan “Siapa Layak Memimpin”, memantapkan kesedaran peserta wanita yang mereka adalah pemimpin dalam institusi keluarga dan masyarakat setempat, pemimpin di tempat mereka berkhidmat dan segala nilai tambah yang perlu dicari untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan diri dalam organisasi yang menjadi matlamat dalam hidup. Persoalan ini adalah satu proses yang sangat kompleks dan mencabar setiap diri muslimah agar mereka mempunyai kemahiran berinteraksi yang baik, keinginan belajar yang tinggi dan dapat membantu orang lain dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Objektif

  • Menggilap potensi kepimpinan muslimah;
  • Membangun gaya berfikir yang lebih global dan positif;
  • Membina semangat kerja berpasukan dan jaringan;
  • Membangun sikap ikhlas dan bersemangat dalam semua urusan di tempat kerja dalam urusan keluarga serta masyarakat.

Kaedah Pelaksanaan

Dilaksanakan dalam bentuk interaksi dua hala berkonsepkan penyampaian secara “hands-on, minds-on dan spiritual-on” dengan menggabungkan teknik main peranan, simulasi, perbincangan dan kerja kumpulan berskala 60 % amali dan 40 % teori, berkonsepkan kaedah endragogi (belajar secara orang dewasa).

Sasaran Peserta:

  • AJK HELWA
  • AJK HELWA Cawangan

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI