Program Ibadah Qurban HIKMAH

Hari Raya Eiduladha merupakan hari raya ke-2 untuk umat Islam. Justeru itu, HIKMAH mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Raya Eiduladha yang diserikan dengan ibadah qurban di Perkampungan Baru Islam (PBI) sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2).

Lembu dan kambing yang disembelih semasa melaksanakan Ibadah qurban tersebut adalah merupakan sumbangan orang ramai yang menyertai program Ibadah Qurban HIKMAH yang mula dibuka untuk penyertaan orang ramai bermula pada tahun 2008.

Ibadah qurban lembu dan kambing ini dilaksanakan di Perkampungan Baru Islam adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat saudara baru tentang kepentingan ibadah qurban itu sendiri yang bersandarkan kepada pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Selain daripada itu, pengagihan daging qurban kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya kepada golongan saudara baru merupakan agenda kedua terpenting dalam program ini. Dari situlah, masyarakat yang baru mengenal Islam dapat merasai keindahan Islam yang mana masyarakatnya tidak pernah lupa kepada golongan yang lebih memerlukan.

Tujuan

Menegakkan syiar Islam yang mewajibkan Ibadah Qurban kepada golongan yang berkemampuan serta dapat mengagihkan daging qurban kepada mereka yang lebih memerlukan.Disamping dapat mengeratkan tali silatrahim antara HIKMAH dan masyarakat di Perkampungan Baru Islam.

Objektif

  • Memperkenalkan HIKMAH dan Dakwah HIKMAH
  • Mendidik masyarakat saudara baru tentang ibadah qurban serta sambutan Hari Raya Eiduladha
  • Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang lebih memerlukan
  • Merapatkan silaturahim antara pemimpin HIKMAH dan saudara baru
  • Kaedah Pelaksanaan:

    Haiwan qurban seperti lembu dan kambing hasil daripada sumbangan orang ramai akan diagih-agihkan kepada perkampungan saudara kita yang terpilih. Proses penyembelihan, pelapahan daging, pengagihan akan dilaksanakan di perkampungan tersebut. Saudara kita dapat melihat secara lebih dekat bagaimana syariat Ibadah Qurban dilaksanakan sekaligus mendidik mereka untuk melaksanakan ibadah qurban ini.

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI