Program Ada Apa Dengan Cinta

Sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja dan belia, Unit Belia HIKMAH bergerak aktif dari sekolah ke sekolah untuk melaksanakan “Program Ada Apa Dengan Cinta”.
Program yang beroreintasikan pengisian secara interaktif ini amat dialu-alukan oleh pihak sekolah kerana objektif utama program ini adalah untuk mengajak pelajar untuk mengenal erti cinta sebenar yang harus di utamakan untuk Allah SWT.
Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang tafsiran cinta yang salah, yang boleh menjerumuskan pelajar ke lembah gejala sosial yang semakin hari semakin membarah dalam kalangan masyarakat seperti maksiat zina, buang bayi, pelacuran, sumbang mahram, rogol serta banyak lagi maksiat lain yang berpunca dari cinta yang tidak disalurkan ke jalan yang betul seperti disarankan oleh Islam.

Kaedah Pelaksanaan

  • Talkshow
  • Program terbuka untuk sekolah-sekolah / para remaja / ibu bapa

Durasi Program

  • 4jam

Surah Al-Israa’ ayat 32 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.Bersama kita membasmi gejala zina perosak keturunan, agama dan bangsa.

KALENDAR

Error: Embedded data could not be displayed.
 

BERITA TERKINI